advertisement

Tuesday, 27 November 2012

Situasi apabilaMalaysia berperang dengan singapore



Dipetik dari blog :http://militaryofmalaysia.net/2012/11/warga-as-senario-perang-malaysia-singapura/#more-1353

WARGA AS : SENARIO PERANG MALAYSIA-SINGAPURA



1. Hai…dan Assalammualaikum, saya mempunyai komen yang menarik dari seorang warganegara Amerika Syarikat (AS) yang melontarkan komen beliau kepada saya.
2. Saya paparkan di sini kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat komen dari seorang warganegara AS yang juga pemilik blog bersifat keagamaan di sinihttp://thegrandverbalizer19.blogspot.com.
3. Komen yang didasarkan daripada analisis beliau saya kira mungkin kurang tepat kerana terlalu memandang tinggi kepada keupayaan pasukan komando AS tetapi saya yakin boleh dikupas secara lebih terperinci oleh pembaca saya yang sangat-sangat dimulia dan dihormati oleh saya.
4. Oleh kerana ia ditulis oleh orang luar yang tidak mempunyai kepentingan di sini, saya kira elok saya kongsi bersama anda semua.
TERJEMAHAN BAHASA MELAYU
5. Saya datang dari Amerika Syarikat. Saya akan beritahu perkara ini sama ada kamu suka atau tidak.
6. Pasukan khas Singapura dilatih oleh Israel. Pasukan elit Malaysia dilatih oleh US Navy Seal.
7. Jika askar Marin AS, komando Navy Seals dan Green Beret berhadapan dengan pasukan tentera Israel (IDF)IDF akan tewas.
8. Ini disebabkan komando Israel tidak pernah berhadapan dengan ancaman nyata, kecuali dari kalangan mereka yang radikal termasuk sel-sel militan.
9. Ini lah senarionya.
10.Beberapa jam pertama, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) akan menghadapi kekalahan yang teruk kepada pesawat pejuang dan tentera laut Republik Singapura.
10 tahun lepas, laluan ini merupakan laluan taxing pesawat pejuang masuk ke dalam hardened bunker berbentuk igloo (macam kat Gong Kedak) di lapangan terbang lama milik tentera di Changi. Sekarang ia sudah dipasang dengan Camo Net. Bentuk camo yang sama juga boleh dilihat di pengkalan udara Singapura yang lain.
Di landasan baru (kawasan tambakan tanah) di Changi, pesawat diletakkan dalam Storm Shelter. Pengkalan baru ini menempatkan skuadron F-16D Singapura.
11.Moral Malaysia hancur dan tentera Singapura bergerak untuk melancarkan ofensif.
12.Singapura kemudian mengumpulkan kereta kebalnya di Johor tetapi akhirnya berjaya “dineutralkan” oleh tentera darat Malaysia.
13.Dalam itu, pasukan komando Malaysia dihantar masuk secara senyap ke Singapura untuk membuat kacau.
14.Mungkin ada berlaku korban dikalangan komando Malaysia ini akibat bertempur dengan pasukan elit Singapura tetapi ada sebilangan yang berjaya masuk sehingga ke dalam dan meneruskan misi.
15.Malaysia melalui serangan balas yang agak besar kemudian secara berperingkat berjaya merosak atau memusnahkan pengkalan tentera udara Singapura dan beberapa aset statik yang lain.
Pulau Bukom di selatan Singapura
16.Dalam pertempuran yang penuh dengan sifat kebencian dan dendam, tempat simpanan minyak Shell di Pulau Bukom dan beberapa kawasan sensitif menjadi sasaran serangan dan sabotaj tentera Malaysia.
17.Singapura kemudian meneruskan serangan ke atas aset-aset ekonomi di Malaysia.
18.Ketika tentera Malaysia diambang kejayaan, Singapura yang mula panik kemudian mengarahkan “curfew” (errr dalam bahasa Melayu apa ya?).
landasan pesawat di Pulau Sudong, lengkap dengan menara kawalan trafik udara (agak jauh dari sasaran artilleri tentera Malaysia).
Live Firing Area untuk pesawat Singapura
Live Firing Area milik Singapura di Pulau Satumu
19.Industri pelancongan dan perdagangan serta perniagaan Singapura mula terjejas.
20.Pasaran saham jatuh teruk.
21.Pemimpin Singapura dari kalangan pihak tentera akan tinggal dalam pulau untuk meneruskan perang gerila.
22.Manakala pemimpin politik negara itu akan melarikan diri ke Australia, New Zealand dan membiarkan rakyatnya yang tidak memiliki kemampuan ekonomi mempertahankan diri mereka sendiri.
23.Singapura kemudian mengerakkan tentera paksaan dan remaja seawal usia 20an dipanggil untuk meneruskan perjuangan.
24.Bagaimanapun, ini bukan pilihan terakhir republik itu kerana sejumlah besar kekayaan Singapura sebenarnya sudah pun disalur untuk menyewa askar-askar upahan seperti tentera Gurkha, Nepal dan ditempat lain untuk mempertahankan kawasan-kawasan sensitif.
25.Saki baki tentera laut Singapura dan tentera udaranya masih meneruskan serangan.
26.Askar Singapura kemudian mengali kubu dan bersedia secara defensif untuk mempertahankan pulau itu apabila kesemua divisyen Singapura di Johor tewas oleh tentera Malaysia.
27.Melalui saluran diplomatik, Singapura memohon bantuan dari negara luar.
28.Amerika Syarikat (AS) dan beberapa buah negara lain yang sejak dari awal menganalisis corak peperangan itu mula melihat tanda-tanda Malaysia akan menang.
29.Malaysia kemudian memperbaharui beberapa perjanjian dengan AS termasuk bersetuju untuk membeli peralatan ketenteraan yang baru dari negara-negara yang berkepentingan ini.
30.Singapura akhirnya tewas dalam permainan politiknya untuk mendapatkan sokongan dari negara sekutunya selama ini.
31.Tentera darat Malaysia kemudian menyeberangi Tambak Johor untuk masuk ke Singapura.
32.Pertempuran di Singapura dimulakan dengan hebat, korban sangat besar di kalangan askar sukarela dan paksa republik tersebut.
33.Askar Malaysia kemudian mula mara masuk ke dalam Singapura melalui peperangan dari blok ke blok HDB (Fibua).
34.Pengkalan bawah tanah Singapura ditawan.
35.Pusat pemerintahan tinggi Singapura ditawan.
36.Arahan dikeluarkan oleh sisa-sisa pusat pemerintahan tinggi Singapura kepada pesawat pejuang dan tentera laut republiknya untuk menghentikan pertempuran.
37.Malaysia akhirnya menakluk Singapura.
38.Tentera Malaysia mengalami kehilangan besar dari kalangan aset tentera udara dan lautnya.
39.Tamat senario, suka atau tidak, itulah senario yang akan berlaku.

Perbezaan Menarik Antara Lelaki Dan Wanita ~Versi ATM~





Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..
Mungkin sebab perkara-perkara diatas lah perempuan digelar "Complicated"?? Hehehehe

Sunday, 25 November 2012

Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan



Koleksi ayat maut dari seorang perempuan










































Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut.. 


Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan


(1) Ok. Fine!

Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


(2) Bagi saya 5 minit

Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

(3) Tak ada apa-apa

Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!

Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.


(5) Keluhan kuat

Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

(6) Tak apa lah

Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih

Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)

Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

advertisement